Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

E-ART penyelesaian jangka panjang atasi kesesakan Johor Bahru

2025-03-13 HaiPress

Lee Ting Han ditemui pemberita selepas sesi temu mesra Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Peringkat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor di Pasar Awam Taman Perling,Johor Bahru

JOHOR BAHRU,13 Mac- Projek Transit Laju Autonomi Bertingkat (E-ART) yang bakal dilaksanakan di tiga koridor utama di Johor dijangka menjadi solusi jangka panjang bagi mengurangkan kesesakan trafik di Bandaraya Johor Bahru.

Projek ini bukan sahaja memudahkan pergerakan logistik dan pengembara,malah turut memberi manfaat kepada sektor-sektor utama seperti peruncitan,makanan,dan pelancongan.

Exco Pelaburan,Perdagangan,Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor,Lee Ting Han berkata,pelaksanaan projek tersebut sejajar dengan kemajuan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang dijangka mula beroperasi pada Januari 2027.

“E-ART merupakan penyelesaian jangka panjang bagi menangani masalah kesesakan trafik di Johor Bahru. Apabila ia mula beroperasi,sistem ini akan melengkapi pengangkutan awam sedia ada seperti bas,teksi,dan RTS Link,” katanya.

Beliau turut optimis bahawa kerjasama antara E-ART dan RTS Link akan memberi impak ekonomi yang besar kepada negeri Johor.

Lee Ting Han berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi temu mesra Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Peringkat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor di Pasar Awam Taman Perling,Johor Bahru.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap