Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Singapura sokong kepemimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN

2025-01-08 IDOPRESS

Perdana Menteri Singapura,Lawrence Wong / Foto Bernama

PUTRAJAYA,7 Januari – Perdana Menteri Singapura,Lawrence Wong menyifatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura sebagai asas penting untuk membina ASEAN yang kukuh dan berdaya tahan dalam menghadapi persaingan geopolitik global.

Wong berkata hubungan tersebut dapat diperkukuhkan melalui kepemimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini,dengan fokus kepada pengukuhan kerjasama dan pendekatan menang-menang.

“Singapura memberikan sokongan penuh kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN. Kini adalah masa yang kritikal untuk ASEAN kekal bersatu,terintegrasi dan kuat,memandangkan persaingan terbesar kita datang dari luar rantau ini.

"Dunia kini memberi tumpuan kepada strategi seperti reshoring,on-shoring,dan near-shoring. ASEAN mesti bersatu dan memperkukuh nilai tawaran kita agar kekal kompetitif,” katanya.

Bercakap dalam sidang media bersama Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra,Wong turut menekankan komitmen terhadap projek-projek utama seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Sistem Transit Pantas Johor Bahru-Singapura (RTS).

Beliau menyifatkan projek itu sebagai tonggak penting untuk memupuk integrasi lebih mendalam dalam kalangan negara ASEAN,sekali gus meningkatkan daya saing rantau ini di peringkat global.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap