Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar US

2024-12-10 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,10 Disember- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini disebabkan sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan,kata seorang penganalisis.

Pada 8.02 pagi,ringgit naik kepada 4.4200/4300 berbanding dolar US berbanding 4.225/4280 ketika ditutup pada Isnin.

Bagaimanapun,Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) meningkat kepada 106 mata,ia akan mempercepatkan permintaan untuk mata wang Amerika Syarikat (AS),kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata peningkatan risiko geopolitik memuncak dalam persekitaran daya tahan dalam ekonomi AS nampaknya telah memperkukuh nilai dolar US ketika peniaga mencari mata wang selamat ketika ketidaktentuan pasaran yang berlaku sekarang.

“Peserta pasaran memerhatikan laporan indeks harga pengguna AS yang dikeluarkan pada 11 Disember dengan konsensus pasaran mengunjurkan kenaikan 2.7 peratus pada November daripada 2.6 peratus sebelum ini sementara kadar inflasi teras AS akan dikekalkan pada 3.3 peratus untuk tiga bulan berturut-turut.

“Ini bermakna pasaran kini menyaksikan kadar inflasi lebih tinggi yang akan diterjemahkan kepada pendirian untuk menaikkan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS. Justeru,unjuran 2025 untuk melihat penurunan kadar faedah mungkin tidak akan berlaku” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu,ringgit dijangka dalam julat RM4.42 hingga RM4.43 hari ini,katanya.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.6346/6474 daripada 5.6466/6537 pada Isnin,meningkat berbanding euro kepada 4.6640/6745 daripada 4.6733/6791 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 2.9198/9266 daripada 2.9401/9440.

Ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2968/3045 daripada 3.3019/3062 ketika ditutup pada Isnin bagaimanapun merosot berbanding peso Filipina kepada 7.62/7.64 daripada 7.62/7.63 namun unit tempatan melonjak berbanding baht Thailand kepada 13.0785/1205 daripada 13.0801/1029 semalam dan menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 278.5/279.3 daripada 278.7/279.2 sebelum itu.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap