Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

JMG Terengganu pantau lokasi tanah runtuh di Kampung Bukit Apit

2024-11-30 HaiPress

FOTO BERNAMA

TERENGGANU,30 November - Kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Terengganu menjalankan pemantauan di lokasi tanah runtuh yang menimpa sebuah rumah di Kampung Bukit Apit,Ajil di Hulu Terengganu.

Kerja-kerja pemantauan dilakukan sejak malam tadi mengesan terdapat tujuh aliran mata air yang aktif di kawasan tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik perempuan maut manakala seorang abang cedera.

"Jarak antara rumah yang ditimpa runtuhan tanah dengan kawasan bukit itu sejauh 35 meter," menurut JMG Terengganu dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang semalam mangsa pertama,Uzair Azman,17 tahun ditemui selamat di bawah runtuhan dinding konkrit di ruang tamu rumah kira-kira pukul 5.17 petang.

Mayat Puteri Sajidah ditemui pada pukul 6.32 petang dan adiknya,Siti Fatimah pula ditemui pukul 6.59 petang,dalam keadaan tertimbus di bawah runtuhan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap