Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Niaga hadapan emas ditutup tinggi seiring pasaran AS

2024-11-28 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,27 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini,mencerminkan momentum positif pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Kontrak semerta November 2024 meningkat kepada US$2,651.60 setiap auns troy daripada US$2,622.90 setiap auns troy semalam.

Kontrak Disember 2024,Januari 2025,Februari 2025 dan April 2025,semuanya ditutup tinggi kepada US$2,664.50 setiap auns troy berbanding US$2,635.80 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menyusut kepada tujuh lot daripada 84 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menurun kepada 23 kontrak daripada 101 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 26 Nov,harga emas fizikal berada pada US$2,622.10 setiap auns troy.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap