Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Minggu Perubatan Kecemasan Pediatrik 2024 diperkenal, tingkat kesedaran awam

2024-11-26 HaiPress

Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Lukanisman Awang Sauni

KUALA LUMPUR,26 November- Inisiatif Minggu Perubatan Kecemasan Pediatrik 2024 diperkenal,sejajar usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan rawatan kecemasan.

Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata inisiatif itu memberi tumpuan khusus kepada penjaga kanak-kanak mengendali kes kecemasan dan mencegah risiko kematian.

Antara kes kecemasan pediatrik termasuk menangani kes trauma,sawan dan kegagalan pernafasan.

Inisiatif tersebut juga melibatkan latihan kepada petugas kesihatan untuk memastikan rawatan itu dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan.

"Saya telah menyebut dalam ucapan saya tadi,untuk memperkasa lagi tahap advokasi dan literasi masyarakat.

Kita gunakan segmen warga maya (netizen) untuk menyebar luas maklumat-maklumat atau video-video yang dihasilkan oleh pegawai-pegawai untuk mudah difahami," kata Datuk Lukanisman kepada pemberita pada Majlis Perasmian Minggu Perubatan Kecemasan Pediatrik 2024,hari ini

Tambahnya,inisiatif itu turut menggalakkan kerjasama antara hospital dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperkukuh sistem kesihatan.

Ini bagi meningkatkan rawatan kecemasan kanak-kanak selain memastikan kesihatan generasi muda lebih terjamin.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap