Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

2024-11-20 HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR,20 November- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM31.98 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.21 bilion dalam dana Islam.

Hari ini,bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik bernilai RM2 bilion selama tujuh hari,RM1.5 bilion untuk 30 hari dan RM1 bilion untuk 92 hari serta tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli semula) bernilai RM200 juta bagi tujuh hari.

Selain itu,BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh seminggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang,bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM36.5 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM19.4 bilion. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap