Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

CelcomDigi catat untung bersih RM436.98 juta dalam suku ketiga 2024

2024-11-19 HaiPress

FOTO RTM

KUALA LUMPUR,18 November- CelcomDigi Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM436.98 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2024 berbanding RM455.72 juta pada suku yang sama sebelumnya.

Hasil,bagaimanapun,mencatatkan peningkatan kepada RM3.13 bilion daripada RM3.10 bilion,didorong oleh pelaksanaan pasaran yang berkesan dan operasi yang cemerlang.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia,CelcomDigi melaporkan bagi tempoh sembilan bulan pertama 2024,kumpulan itu mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM1.22 bilion berbanding RM1.12 bilion dalam tempoh sembilan bulan tahun sebelumnya.

Manakala,hasil turun sedikit kepada RM9.40 bilion daripada RM9.41 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi,Datuk Idham Nawawi berkata syarikat itu akan terus meningkatkan kecemerlangan pelanggan dengan menawarkan produk-produk bernilai terbaik secara konsisten.

"Prestasi suku ketiga kami yang berdaya tahan adalah hasil tumpuan berterusan kami terhadap pertumbuhan yang menguntungkan dan mampan,pengurusan kos yang berdisiplin dan keupayaan kami untuk terus merealisasikan sinergi daripada penggabungan itu,” katanya.


Menurut beliau,usaha penyepaduan dan pemodenan rangkaiannya kini hampir 70 peratus siap dengan lebih 10,500 tapak dimodenkan pada akhir Oktober lalu.

Lebih 65 peratus pelanggan mendapat manfaat daripada peningkatan kualiti pengalaman pada rangkaian pintar CelcomDigi baharu.

Syarikat itu menyasarkan untuk menyelesaikan peningkatan rangkaiannya sebanyak 75 peratus menjelang akhir 2024,lebih awal daripada sasaran.

Sementara itu,kumpulan berkenaan turut mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak 3.6 sen sesaham atau RM422 juta,tertinggi dalam tempoh empat suku terakhiryang akan dibayar pada 23 Disember ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap