Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan belian asing hambar

2024-10-29 HaiPress

BURSA MALAYSIA

KUALA LUMPUR,29 Oktober- Bursa Malaysia meneruskan penurunan apabila dibuka rendah pada Selasa,berikutan kekurangan minat belian daripada dana asing,menurut peniaga.

Pada pukul 9.05 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.71 mata kepada 1,609.76 daripada 1,610.47 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.90 mata lebih tinggi kepada 1,612.37.

Lingkungan pasaran adalah negatif,dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 137 berbanding 122,manakala 256 kaunter tidak berubah,1,965 kaunter tidak diniagakan dan 123 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 103.56 juta unit bernilai RM53.33 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata penanda aras itu terus mengalami penyusutan,ditutup di atas paras 1,610 walaupun mencatatkan dagangan awal yang optimistik.

Beliau berkata prestasi itu disebabkan pengambilan untung oleh dana asing.

“Kami berpandangan aliran keluar dana asing baru-baru ini mungkin disebabkan kemungkinan pengurangan yang lebih kecil ke atas kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS,yang turut mendorong ringgit rendah berbanding dolar AS kepada RM4.36 pada masa ini.

“Bagi hari ini,kami menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,610 hingga 1,620,” katanya menerusi nota penyelidikan pada Selasa.

Antara saham berwajaran tinggi,Maybank menambah enam sen kepada RM10.46,Public Bank tidak berubah pada RM4.46,CIMB naik tiga sen kepada RM8.05,Tenaga susut lapan sen kepada RM13.92,dan IHH menguncup dua sen kepada RM7.34.

Dalam kalangan saham aktif,OB Holdings naik satu sen kepada 25 sen,MyEG turun setengah sen kepada 87.5 sen,manakala Yew Lee dan warannya masing-masing meningkat setengah sen kepada 57.5 sen dan 24.5 sen.

Di papan indeks,Indeks FBM ACE menokok 15.72 mata kepada 5,056.11. Indeks FBM Emas susut 0.71 mata kepada 12,158.13,Indeks FBM 70 kurang 6.38 mata kepada 17,639.33,Indeks FBMT 100 menguncup 4.97 mata kepada 11,862.50,dan Indeks FBM Emas Syariah susut 16.59 mata kepada 12,118.59.

Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 11.78 mata kepada 19,137.20,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.03 mata kepada 175.04,manakala Indeks Perladangan turun 12.45 mata kepada 7,297.84 dan Indeks Tenaga kurang 0.60 mata kepada 836.97. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap