Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Pemasangan CCTV di kuarters penjawat awam Putrajaya sedang dipertimbang

2024-10-29 HaiPress

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA,29 Oktober - Cadangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dalam kawasan kuarters penjawat awam terutamanya jenis pangsapuri sedang dipertimbang Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Perkara itu akan dilaksana secara berperingkat selaras visi CHASE City dalam menjadikan Putrajaya sebagai bandar pintar.

"Sebagai permulaan,kesemua lif kuarters akan dipastikan lengkap dengan CCTV memandangkan lif merupakan kawasan paling sensitif kepada vandalisme,jenayah dan juga kecelakaan dalam premis berstrata.

"Dalam hal ini,BPH akan memberi keutamaan kepada kerja-kerja penggantian set lif baharu yang datang sekali dengan CCTV melalui inisiatif Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR)," jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Dr Zaliha Mustafa.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Putrajaya,Dr Mohd Radzi Md Jidin berhubung cadangan pemasangan CCTV di semua pangsapuri kuarters penjawat awam Putrajaya.

Pemasangan CCTV di bawah Projek STAR ini melibatkan 102 unit CCTV di dalam lif,melibatkan lima lokasi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap