Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Cukai khas kursus teknologi digital, IPTS sambut baik insentif

2024-10-26 HaiPress

Ketua Pegawai Eksekutif INTI International College Penang (IICP),M. Hemalatha / Foto RTM

GEORGE TOWN,25 Oktober – Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia menyambut baik pengumuman potongan cukai khas yang ditawarkan kerajaan bagi pembangunan kursus baharu dalam bidang teknologi digital.

Insentif berkenaan dijangka menjadi pemangkin kepada usaha IPTS untuk meningkatkan mutu akademik dan menaiktaraf infrastruktur di institusi mereka,selari dengan tuntutan industri yang semakin pesat berkembang.

Ketua Pegawai Eksekutif INTI International College Penang (IICP),M. Hemalatha,menyatakan insentif ini adalah peluang penting untuk IPTS memperkasa program akademik mereka dalam bidang teknologi digital dan menyokong pembangunan bakat tempatan.

“Insentif ini membolehkan IPTS memperkukuh program akademik serta menaik taraf infrastruktur berkaitan teknologi. Langkah ini juga menjadikan IPTS lebih menarik bagi pelajar yang ingin menceburi bidang teknologi tinggi,” katanya dalam pertemuan dengan RTM di sini.

Insentif cukai ini,diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025 di bawah Ikhtiar 17,dijangka dilaksanakan pada suku ketiga 2025. Ia bertujuan mendorong IPTS untuk beralih kepada aktiviti bernilai tinggi dalam penyediaan kursus yang relevan dengan era digital,melangkaui insentif tradisional yang sering tertumpu pada produk tertentu.

Langkah tersebut diyakini dapat memenuhi keperluan industri yang semakin kritikal terhadap tenaga kerja berkemahiran dalam teknologi digital,sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang kepada graduan tempatan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap