Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

293, 639 individu hilang kerja pelbagai sektor dalam tempoh 4 tahun

2024-10-21 HaiPress

Timbalan Menteri Sumber Manusia,Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad/Foto KESUMA

KUALA LUMPUR,21 Oktober - Seramai 293,639 pekerja telah kehilangan pekerjaan dalam pelbagai sektor dari tahun 2020 hingga 27 September tahun lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia,Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata sektor yang paling terkesan adalah sektor pembuatan,dengan 75,615 pekerja diberhentikan,diikuti oleh sektor perdagangan borong dan runcit (43,614),dan sektor aktiviti profesional,saintifik,dan teknikal (23,907).

"Selain itu,sektor ICT mencatatkan 19,931 pekerja kehilangan pekerjaan,manakala sektor penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan serta minuman melibatkan 23,124 pekerja.

"Sektor pembinaan pula menyaksikan 21,233 pekerja kehilangan pekerjaan,diikuti oleh sektor pengangkutan dengan 20,953 pekerja.

"Sektor-sektor lain merekodkan 65,262 pekerja yang turut terkesan dalam tempoh tersebut," katanya menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) di Dewan Rakyat hari ini.

Ia berkaitan program latihan kemahiran yang dirancang oleh kementerian untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan pekerja tempatan dalam sektor teknologi dan industri 4.0.

Justeru,Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) terus mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan dan pekerja tempatan bagi menghadapi cabaran sektor teknologi dan Industri 4.0 yang semakin kompetitif.

Katanya,dengan pelbagai program latihan kemahiran,KESUMA komited memperkukuh kemahiran tenaga kerja tempatan selaras dengan kehendak industri semasa.

"Statistik dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),sebanyak 575,044 pencari kerja aktif telah direkodkan dari Januari hingga 27 September di Portal MYFutureJobs,berbanding 125,956 kekosongan jawatan yang diiklankan.

"Bagi mengatasi cabaran guna tenaga tidak penuh,terutamanya dalam kalangan graduan baharu dan pekerja tempatan,KESUMA memperkenalkan beberapa program utama seperti Program Latihan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan,Skim Latihan Bakal Pekerja (FWT),dan Kursus Berfokuskan Industri 4.0," katanya.

Selain itu,kerjasama strategik dengan Pusat Teknologi serta pembiayaan PTPK untuk pelatih kemahiran menghadapi cabaran ekonomi masa depan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap