Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

79 pegawai RELA dianugerahkan Diploma, Sijil Kemahiran Malaysia

2024-10-20 HaiPress

Ketua Pengarah RELA,Datuk Yahya Sulaiman

AYER KEROH,20 Oktober - 79 pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Menurut Ketua Pengarah RELA,Datuk Yahya Sulaiman berkata menerusi pensijilan itu,agensi penguatkusaan kini mempunyai pakar rujuk daripada kalangan mereka sendiri.

Selain,melahirkan pakar rujuk dalam kalangan mereka,malah dapat melatih anggota ke peringkat profesional seiring dengan keperluan semasa.

Pensijilan itu juga antara inisiatif untuk meningkatkan keyakinan agensi dan masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan.

"Latihan yang dibuat ini berdasarkan kepada pengalaman dan kemahiran mereka,

"Mereka ini berpengalaman serta dinilai oleh pakar-pakar daripada Universiti Teknikal Melaka,

"Selain,diiktiraf berdasarkan kepakaran mereka dalam aspek teknikal terutamanya berkaitan dengan RPC kawalan perimeter dan juga berkaitan dengan senjata api," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Apresiasi Graduan dan Penganugerahan Kecemerlangan 2024 di UTeM.

Seramai 15 pegawai menerima Pensijilan SKM Tahap 3 dalam bidang Kejurulatihan Taktikal Senjata Api,15 pegawai dalam bidang Pentadbiran Pejabat,39 pegawai dalam bidang Penyeliaan Perkhidmatan Sekuriti.

Manakala,12 pegawai bagi Pensijilan DKM menerusi bidang Pengurusan Pentadbiran dan 34 pegawai dalam bidang Pengurusan Operasi Sekuriti.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap