Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Mesyuarat Tindakan Sara Hidup, bincang tingkat kesejahteraan rakyat - PM Anwar

2024-10-15 HaiPress

Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,15 Oktober- Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara adalah platform untuk kerajaan meneliti permasalahan kos sara hidup rakyat,kata Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata mesyuarat berkenaan juga menjadi platform untuk kerajaan berbincang mengenai kaedah terbaik dalam meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

“Dalam mesyuarat ini,saya tegaskan bahawa indikator ekonomi Malaysia yang menunjukkan prestasi memberangsangkan kebelakangan ini,hanya mampu dimaknai sekiranya ia diterjemah dalam kehidupan rakyat terbanyak.

“Dalam ruang yang sama,saya meminta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memastikan tindakan segera diambil oleh kementerian dan agensi berkaitan setelah sesuatu keputusan dicapai,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Anwar di Putrajaya,semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengulangi gesaan kepada perkhidmatan awam supaya menekankan aspek kepantasan,ketelusan dan penjimatan bagi meningkatkan tatakelola dan mutu penyampaian perkhidmatan.

“Insya-Allah,Kerajaan MADANI akan memastikan semua dasar dan inisiatif yang direncana akan mengutamakan agenda kebajikan rakyat,bagi memastikan tiada kelompok yang tercicir daripada menikmati pembangunan dan kemakmuran negara,” katanya.

Mesyuarat itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof,Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Hadir sama,Menteri Pengangkutan Anthony Loke,Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali,Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap