Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar, cecah semula paras 4.19

2024-09-24 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,24 September- Ringgit mencecah kembali paras RM4.19 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa,dipacu oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang lebih rendah daripada jangkaan serta pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan AS sebanyak 50 mata asas.

Paras sokongan serta-merta ringgit kini dijangka pada RM4.07.

Pada pukul 8 pagi,mata wang tempatan didagangkan pada 4.1995/2055 berbanding dolar AS daripada 4.2000/2060 ketika ditutup Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka kekal disokong dengan baik hari ini apabila data IHP yang dikeluarkan semalam menunjukkan kadar inflasi mereda kepada 1.9 peratus.

Beliau menjelaskan perkara itu menunjukkan inflasi telah stabil.

“Kadar inflasi stabil ketika aktiviti ekonomi di Malaysia terus berkembang dengan baik.

“Ini akan memberi dorongan kepada Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan pendirian dasar monetari semasa,yang disifatkan menyokong pertumbuhan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata keadaan itu adalah positif untuk ringgit kerana perbezaan antara kadar faedah AS dan Malaysia akan mengecil selepas ini.

Sementara itu,ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan susut berbanding euro kepada 4.6661/6727 daripada 4.6645/6712 ketika ditutup semalam,dan turun berbanding pound British kepada 5.6059/6139 dari 5.5805/5885.

Ringgit juga rendah berbanding yen Jepun kepada 2.9253/9298 dari 2.9238/9282.

Ringgit diniagakan stabil berbanding mata wang negara ASEAN.

Unit domestik turun berbanding baht Thai kepada 12.7439/7695 daripada 12.7203/7451 ketika ditutup Isnin,dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2532/2581 daripada 3.2503/2552.

Ringgit stabil berbanding peso Filipina pada 7.50/7.52 sejak Isnin,dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 276.1/276.7.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap