Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Dua beradik maut, motosikal rempuh tong sampah roro

2024-09-24 HaiPress

FOTO FAIL

MELAKA,24 September - Dua beradik maut dalam kemalangan selepas motosikal mereka merempuh tong sampah roro di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) di sini kira-kira pukul 6.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner (ACP) Christopher Patit dalam kenyataan berkata,motosikal yang ditunggang Muhammad Amirul Hazlin,18,dan adiknya Nur Afiqah Sofea,5,dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh menghala ke Sungai Udang.

"Siasatan mendapati ketika tiba di lokasi kejadian,Muhammad Amirul Hazlin dipercayai tidak perasan terdapat sebuah tong sampah roro di bahu jalan berkenaan sebelum melanggarnya.

"Dua beradik berkenaan mengalami kecederaan parah akibat pelanggaran itu dan mereka dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan di zon merah sebelum meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata Muhammad Amirul Hazlin meninggal dunia pada 7.40 petang semalam,manakala adiknya meninggal dunia pada 12.30 tengah malam tadi.

Pihaknya sedang mengesan pemilik tong sampah roro berkenaan serta saksi kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap