Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Op Global: Polis buka kertas siasatan kes ugut Mufti Perlis

2024-09-24 HaiPress

Mufti Perlis,Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,24 September - Polis membuka kertas siasatan berhubung mesej ugutan diterima Mufti Perlis,Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin,berkait dengan kes GISB Holdings (GISBH).

Menurut Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain,berdasarkan siasatan awal,Datuk Dr Mohd Asri menerima mesej daripada nombor tidak dikenali kira-kira pukul 8.56 pagi pada 21 September lepas.

"Ada satu kertas siasatan berkenaan berlakunya mengugut atau mendatangkan ketakutan kepada Datuk Mufti Perlis. Kita buka di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan." katanya.

Tan Sri Razarudin berkata demikian pada sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur,semalam.

Setakat ini,sebanyak 35 kertas siasatan dibuka ke atas semua tangkapan menerusi Op Global.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2021; Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; serta Seksyen 12 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Selain itu,Seksyen 506 Kanun Keseksaan; Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 298 Kanun Keseksaan; serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap