Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

MBK cipta rekod pembersihan pantai terpanjang

2024-09-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA

KUANTAN,22 September - Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi Program Pembersihan Pantai Terpanjang sempena World Clean Up Day 2024.


Program pembersihan pantai sejauh 70.690 kilometer itu,meliputi kawasan Pantai Chendor hingga Pantai Cherok Paloh,melibatkan lebih 13 ribu peserta dan berjaya mengumpul 16.3 ribu kilogram sampah sarap.


Datuk Bandar Kuantan,Dato' Razihan Adzharuddin berkata,program pembersihan itu meliputi di 17 kawasan pantai utama di Kuantan.

''Kita ada world clean up day jadi untuk pengisian bandaraya kuantan kita ada pembersihan pantai terpanjang di semenanjung jadi sebenarnya kita nak pergi kepada yang teramai,better terpanjang sebab kita tahu kuantan ada banyak pantai menarik menjadi kunjungan pelancong selepas hari ini apa yang perlu kita buat adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk kuantan faham pantai ini hak milik bersama''.


Mereka yang terlibat terdiri daripada penduduk setempat,wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO),kakitangan badan berkanun serta pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi di Kuantan.


Dalam pada itu katanya,pihak (MBK) akan terus mempertingkatkan usaha kesedaran dalam menjaga kebersihan pantai dalam kalangan penduduk sebagai aset utama daerah Kuantan yang terkenal dengan jajaran pantai yang luas.


Pada majlis itu,Sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records disampaikan oleh wakil MBR,Siti Hajar Johor,kepada Dato' Razihan pada majlis penutup program itu disaksikan oleh wakil Menteri Besar Pahang,Dato’ Seri Shafik Fauzan Sharif.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap