Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

JKNT tubuh jawatankuasa bebas siasat punca bayi meninggal

2024-09-20 berita.rtm.gov.my HaiPress

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR,20 September - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menubuhkan jawatankuasa siasatan bebas untuk menyiasat dakwaan kecuaian petugas wad bersalin di Hospital Dungun,Terengganu susulan kematian seorang bayi.

Siasatan dibuat setelah satu hantaran daripada akaun media sosial 'Matdan The Great (@rushashraf)' yang tular sejak 17 September lalu.

Pengarah JKNT,Datuk Dr Kasemani Embong berkata,pemilik akaun mengkritik mutu perkhidmatan yang diberikan kepada adik dan anak saudaranya yang baru lahir.

"Siasatan awal mendapati bahawa adik pengadu dimasukkan ke wad bersalin pada 16 September 2024 dan melahirkan bayi secara normal pada pukul 5.08 pagi.

"Namun,bayi tersebut mengalami masalah pernafasan dan telah diberikan rawatan awal untuk menstabilkan mangsa sebelum dipindahkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU)," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Dr Kasemani berkata,malangnya selepas 40 jam dirawat di NICU,bayi itu tidak dapat diselamatkan.

Dr. Kasemani memaklumkan bahawa punca kematian masih disiasat,dan JKNT memandang serius dakwaan yang dibuat oleh pengadu.

JKNT turut mengalu-alukan maklum balas daripada orang ramai untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap