Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Banjir Kedah: Kerajaan jamin pantau situasi lebih teliti

2024-09-20 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto RTM

PUTRAJAYA,20 September – Kerajaan memberi jaminan bahawa pegawai-pegawai bertanggungjawab akan terus memantau situasi banjir di Kedah secara lebih teliti,termasuk memastikan bantuan kepada mangsa banjir dan merangka pelan jangka panjang untuk mengurangkan risiko banjir.

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berkata walaupun perubahan iklim global sukar diramal,kerajaan telah mewujudkan rangka kerja di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memastikan operasi penyelamatan dan bantuan berjalan lancar.

“Kita sudah ada rangka kerja di bawah NADMA,dan setiap peringkat akan digerakkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan serta mengurangkan ketidakselesaan mangsa,” katanya selepas melancarkan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan Negara (AIGE),di sini.

Tambah Fadillah,badan pemantau di peringkat daerah dan negeri akan sentiasa bersiap sedia untuk digerakkan setiap kali berlaku bencana bagi menjaga keselamatan rakyat yang terjejas akibat banjir.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap