Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Nenek maut kereta dipandu cucu bertembung dengan kenderaan lain

2024-09-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO JBPM

SETIU,17 September- Seorang nenek maut manakala dua cucunya cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku kira-kira pukul 4.32 pagi tadi di kilometer 45 Jalan Kuala Terengganu Kota Bharu dekat Sungai Tong,Setiu.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Mohd Zain Mat Dris dalam satu kenyataan berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Saodah Man 70 tahun dari Kedah.

Kejadian berlaku apabila kenderaan yang dipandu Muhamad Amer Irsyad Zaradi 20 tahun bersama rakannya Muhamad Nazri Shafei 20 tahun dan Muhamad Shahrul NizamKamaruzaman 15 tahun dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke rumah di Kampung Payong,Sungai Tong Setiu.

Manakala Nur Fatihah Syahada Ahmad Farihan 20 tahun dari Sungai Lalang Kedah bersama adiknya Muhammad Alif Firdaus Ahmad Farihan 13 tahun serta neneknya dalam perjalanan dari Kedah menghala ke Kemasik,Kemaman.

Siasatan awal mendapati,kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Nur Fatihah telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta yang dipandu Muhammad Amir.

Mangsa yang merupakan penumpang hadapan mengalami kecederaan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala lain-lain mangsa yang terlibat masih belum dikenal pasti tahap kecederaan dan masih menerima rawatan di Hospital Setiu.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap