Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Sambutan Hari Malaysia di Felda Jengka 24 meriah

2024-09-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO RTM

JERANTUT,16 September- Sambutan Hari Malaysia di Felda Jengka 24,Jerantut,Pahang meriah walaupun hujan renyai tidak menghalang 2 ribu penduduk menyertai pelbagai aktiviti sukaneka di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 24.

Acara meniti atas batang pinang licin dan menangkap ayam paling mencuri perhatian kerana kekecohan peserta untuk memenangi acara tersebut.

Turut diadakan,acara tarik tali,titi licin,jala buah pinang,bowling kelapa pertandingan mewarna kanak-kanak dan lain-lain.

Ketua Peneroka Jengka 24,Razak Daud berkata,sukaneka tersebut adalah kesinambungan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 diikuti Hari Malaysia di kawasan rancangan terbabit.

Menurutnya,ia membuktikan semangat patriotik penduduk yang saban tahun tidak ketinggalan memeriahkan acara tahunan tersebut.

"Sambutan pada tahun ini amat berbeza dari tahun terdahulu,seluruh warga Jengka 24 telah mengambil bahagian dengan bergitu semangat dengan kita jangka kibaran bendera antara 14,000 ke 15,000 berbanding empat hingga 6,000 sebelum ini,"katanya.

Hadir sama,Pegawai Penerangan Jerantut,Azrul Azham Azmi dan penolong pengurus rancangan itu,Shamsul Anuar Ismail.

Dalam pertandingan blok patriotik,Blok 2 dan 14 diumumkan juara bersama dan membawa pulang hadiah wang tunai RM600 bagi setiap blok.

Bagi kategori amatur pula,dua blok juga diumumkan juara bersama iaitu Blok 7 dan 9 yang turut membawa hadiah wang tunai dengan nilai sama.

Tahun ini Felda Jengka 24 mencipta kelainan dengan penghasilan hampir 100 replika menggunakan bahan terbuang berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap