Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Agong berkenan tunai solat jumaat, dengar khutbah khas sempena Hari ATM ke-91

2024-09-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke khutbah khas dan menunaikan solat Jumaat sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-91 di Masjid Khaled bin Al-Walid,Kementerian Pertahanan,Kuala Lumpur/FACEBOOK SULTAN IBRAHIM

KUALA LUMPUR,13 September - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah khas bersempena dengan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-91 di Masjid Khalid Bin Al-Walid di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pukul 1 tengah hari disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Khutbah bertajuk "Angkatan Masa Hadapan: Benteng Pertahanan Negara" itu disampaikan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Mej Jen Datuk Mohd Rashidi Bujai.

Antara lain,khutbah berkenaan menyeru warga ATM menetapkan tekad melaksanakan agenda transformasi ATM agar pembentukan Angkatan Masa Hadapan menjelang 2030 melalui inisiatif Reformasi Angkatan 30 dapat direalisasikan.

Selain itu,ia juga menyeru supaya kemerdekaan dan kedaulatan negara bersama-sama dipertahankan rakyat negara ini selari dengan gagasan Angkatan Masa Hadapan dalam memantapkan kerjasama antara ATM dan orang awam.

Seri Paduka Baginda kemudian berkenan menunaikan solat Jumaat bersama jemaah dan warga ATM yang hadir,diimamkan oleh Imam Besar Masjid Khalid bin Al-Walid Lt Kol Mohd Nizam Termizi Al-Hafiz dan beramah mesra dengan jemaah yang hadir sebelum berangkat pulang.

Terdahulu,majlis bacaan Yasin dan tahlil turut diadakan bersempena dengan sambutan Hari ATM yang dipimpin Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan Kagat Brig Jen Mohamad Hamzah Adam.

Turut hadir,Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim,Pemangku Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain dan Timbalan Panglima Tentera Udara Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap