Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Industri pelancongan negara catat RM275.8 bilion tahun lalu

2024-09-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,12 September- Industri pelancongan negara mencatat nilai sebanyak RM275.8 bilion tahun lalu.

Sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 15.1 peratus berbanding 13.9 peratus tahun sebelumnya.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM),industri berkenaan berkembang 10.3 peratus daripada 26 peratus pada tahun 2022.

"Pertumbuhan ini disokong semua aktiviti ekonomi,terutamanya perdagangan runcit,perkhidmatan khusus bercirikan pelancongan negara serta perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman.

"Bagaimanapun,aktiviti ekonomi seperti perkhidmatan penginapan serta sukan dan rekreasi,kekal di bawah paras prapandemik.

"Prestasi memberangsangkan industri pelancongan dipengaruhi permintaan lebih kukuh daripada perbelanjaan pelancongan dalaman," menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan tersebut,sejumlah RM154.5 bilion perbelanjaan dalaman dicatatkan,melonjak daripada RM93 bilion pada 2022.

Daripada segi guna tenaga,industri pelancongan menyediakan pekerjaan kepada 3.4 juta orang,merangkumi 21.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerjaan di negara ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap