Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

JPJ Kedah sita dua buah lori atas pelbagai kesalahan

2024-09-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita dua buah lori atas pelbagai kesalahan,termasuk membawa muatan tunggul kayu secara berbahaya / Foto JPJ Kedah

KOTA SETAR,9 September – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita dua buah lori atas pelbagai kesalahan,termasuk membawa muatan tunggul kayu secara berbahaya.

Pengarah JPJ Kedah,Stien Van Lutam berkata tindakan penyitaan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Kedah di sekitar kawasan Pokok Sena.

"Lori itu ditahan kerana membawa muatan tunggul kayu yang disusun secara berbahaya yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain selain Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Van Lutam,sebuah lagi lori yang ditahan mendapati pemandunya tidak memiliki lesen memandu,LKM telah tamat tempoh,tiada perlindungan insuran serta perakuan PUSPAKOM yang telah tamat tempoh.

"Pemandu serta pemilik kenderaan berkenaan telah dikenakan saman atas pelbagai kesalahan tersebut," tambah Van Lutam.

Kedua-dua kenderaan tersebut disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap