Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Banjir Kedah: Satu PPS dibuka

2024-09-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Anggota APM Kedah giat bantu memindahkan penduduk terjejas banjir ke PPS Masjid Sungai Seluang

ALOR SETAR,8 September - Seramai 48 penduduk terjejas banjir daripada 12 keluarga kini berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kulim,malam tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah dalam satu kenyataan berkata,PPS Masjid Sungai Seluang dibuka pada pukul 9.55 malam menempatkan penduduk terjejas dari Kampung Sungai Seluang Atas dan Kampung Sungai Seluang Bawah.

"Mangsa yang ditempatkan di PPS itu terdiri daripada 17 dewasa,15 kanak-kanak,lapan warga emas dan lapan bukan warganegara,” menurut kenyataan itu.

Menurut APM,hujan lebat berterusan selama beberapa jam menyebabkan air naik dengan cepat dan proses pemindahan mangsa terjejas telah dilakukan malam tadi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap