Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Kemeja-T dipakai seorang lelaki bukan pakaian penugasan rasmi PDRM

2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

BALIK PULAU,3 September- Kemeja-T tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan nama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya yang dipakai seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh bukan untuk penugasan rasmi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata hasil siasatan mendapati kemeja-T dipakai lelaki itu dicetak pada 2016 untuk kegunaan aktiviti sosial seperti senaman dan gotong-royong.

"Pihak polis telah mengesan satu video tular berdurasi 19 saat pada 1.30 tengah hari semalam memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh memakai kemeja-T tertera tulisan ‘IPD Barat Daya’ dan logo ‘PDRM’.

"Hasil siasatan mendapati baju itu dicetak pada 2016 untuk kegunaan aktiviti sosial seperti senaman,gotong-royong dan sebagainya serta bukan bagi penugasan rasmi IPD Barat Daya," katanya dalam kenyataan.

Kamarul Rizal sehubungan itu menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular itu dan pihaknya mengambil maklum isu terbabit.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 23 saat memaparkan lelaki tempatan merakamkan gelagat seorang lelaki yang didakwa warga Bangladesh memakai kemeja-T tertera logo PDRM serta nama IPD Barat Daya. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap