Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

MARITIM gerakkan operasi mencari nelayan hilang di perairan Dungun

2024-08-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Operasi Carilamat diaktifkan pada jam 7 petang Selasa.

DUNGUN,28 Ogos- Seorang nelayan dikhuatiri hilang setelah keluar menangkap ikan di perairan Dungun pada pagi Selasa.

Pengarah Zon Maritim Kemaman,Komander Maritim Ariffin Ghazali memaklumkan mangsa,Tengku Khairul Asmawi Nizam Tengku Hassan,40,tidak pulang sehingga aduan disalurkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu sekitar jam 6.50 petang.

"Mangsa ke laut sekitar jam 6 pagi dan kebiasaannya akan pulang sekitar jam 3 petang. Namun sehingga jam 6 petang semalam (Selasa),tiada kelibat mangsa dilihat serta gagal dihubungi.

"Mangsa dikatakan keluar memancing ikan seorang diri dengan menaiki bot gentian kaca bernombor pendaftaran TRS 3814 dan kali terakhir dilihat berada di perairan Dungun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu,Ariffin berkata,operasi Carilamat diaktifkan pada jam 7 petang Selasa.

Menurutnya,cuaca buruk dan ombak bergelora yang melanda perairan Dungun dan Kemaman menyukarkan usaha pencarian awal mangsa.

Justeru,pihaknya menyeru kepada komuniti maritim atau orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau petunjuk berkaitan kejadian tersebut untuk memaklumkan segera kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kemaman di talian 09-8582354 atau talian kecemasan NG999.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap