Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Operasi SAR mangsa tanah jerlus bersambung pagi ini

2024-08-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pasukan bomba lengkap dengan alat pernafasan memasuki stesen pam di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam hari ini/JBPM

KUALA LUMPUR,28 Ogos- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh dalam lubang sedalam lapan meter susulan tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini diteruskan hari ini yang memasuki hari keenam pencarian.

Tinjuan pemberita RTM mendapati pasukan bomba dan penyelamat telah tiba di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam sekitar pukul 9.15 pagi.

Beberapa anggota bomba lengkap dengan alat pernafasan juga dilapor telah memasuki stesen pam di IWK berkenaan.

Sementara itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan pasukan SAR pagi ini akan meneruskan kerja-kerja pencarian mangsa dengan memberikan tumpuan di kawasan kejadian di Jalan Masjid India.

"Kerja-kerja SAR pada malam tadi telah ditangguhkan ekoran hujan lebat.

"Pada masa sama,kerja-kerja Ground Penetrating Radar (GPR) oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bagi penilaian integriti tanah di laluan saluran kumbahan akan diteruskan dan dijangka selesai pada hari ini," menurut kenyataan hari ini.



Pasukan bomba lengkap dengan alat pernafasan memasuki stesen pam di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam hari ini/JBPM
BERITA BERKAITANSatu lagi tanah mendap berdekatan lokasi tanah jerlusTanah mendap baharu di Jalan Masjid India sedalam dua kakiTanah jerlus: Tatu nama ibu jadi kenangan - AnakTanah jerlus: JKR diarah beri bantuan teknologi- NantaTanah jerlus di Jalan Masjid India disebabkan faktor geografiWanita warga India terperangkap dalam tanah jerlus di hadapan Masjid IndiaTanah jerlus: Enam lurang kumbahan dibuka - PolisTanah jerlus: 'Manhole' penuh gas beracun - Bomba
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap