Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Tanah mendap baharu di Jalan Masjid India sedalam dua kaki

2024-08-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Tanah mendap baharu berlaku kira-kira 20 meter dari lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India,Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR,28 Ogos- Kejadian terbaharu mendapan tanah di sekitar Jalan Masjid India di sini yang berlaku awal pagi tadi melibatkan ukuran sedalam lebih kurang dua kaki.

Tinjauan pemberita RTM mendapati ia berlaku kira-kira 20 meter (m) dari lokasi insiden tanah jerlus membabitkan seorang wanita dari India minggu lepas.

Ketika ini pihak media masih menunggu butiran lanjut daripada pihak berkuasa mengenai kejadian terbaharu itu.

Polis turut meluaskan sekatan di sekitar Jalan Masjid India. Ia meliputi keluasan hampir 500m dari lokasi tanah mendap sebagai langkah keselamatan.

Jumaat lepas,mangsa,Vijayaletchumy,48,dari Kuppam,Andhra,India hilang dalam tanah jerlus selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari keenam hari ini.

Belum ada sebarang petunjuk positif kepada penemuan mangsa setakat ini.



Polis meluaskan kawasan sekatan sekitar Jalan Masjid India susulan satu lagi kejadian tanah mendap berlaku di kawasan berkenaan hari ini
BERITA BERKAITANTanah jerlus: Tatu nama ibu jadi kenangan - AnakTanah jerlus: Pasukan SAR guna pelbagai usaha kesan mangsaTanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR guna kamera kesan mangsaTanah jerlus di Jalan Masjid India disebabkan faktor geografiTanah jerlus: Enam lurang kumbahan dibuka - PolisTanah jerlus: 'Manhole' penuh gas beracun - BombaWanita warga India terperangkap dalam tanah jerlus di hadapan Masjid India
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap