Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi pada tengah hari

2024-08-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,27 Ogos- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan tinggi setakat tengah hari pada Selasa,sejajar dengan aliran meningkat dalam pasaran tunai.

Semasa rehat tengah hari,Ogos 2024 melonjak 11.5 mata kepada 1,658.0,September 2024 meningkat 10.5 mata kepada 1,637.5,Disember 2024 menokok 9.0 mata kepada 1,641.0 dan Mac 2025 naik 9.5 mata kepada 1,629.0.

Jumlah dagangan sebanyak 33,220 lot manakala kepentingan terbuka pada 79,608 kontrak.

Pada pukul 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 11.71 mata kepada 1,650.67,daripada 1,638.96 ketika ditutup pada Isnin. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap