Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Rumpun Melayu, perkasa agenda kongsi kuasa berpaksi Melayu dan Islam

2024-08-23 berita.rtm.gov.my HaiPress

Presiden UMNO,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR,23 Ogos - UMNO akan melaksanakan usaha besar-besaran menyatukan pertubuhan-pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu seluruh negara sebagai satu gerakan 'Rumpun Melayu'.

Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,gerakan itu antara lain bertujuan memperkasa agenda perkongsian kuasa berpaksikan Melayu dan Islam.

Beliau menyeru orang Melayu agar kembali kepada politik kesederhanaan supaya ahli dan pengundi tidak mudah terpengaruh dengan mitos pembangkang yang berjuang demi bangsa Melayu dan agama.

Kesedaran perlu wujud dalam kalangan orang Melayu mengenai sentimen dan emosi yang sentiasa dimainkan pembangkang dalam meraih undi.

"Saya ingin menyeru kepada seluruh umat Melayu. Janganlah terpedaya atau terpesona dengan lisan mereka yang fasih memainkan kata-kata. Kesannya besar kepada kestabilan dan keharmonian negara," kata Ahmad Zahid.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berucap dalam ucapan dasar di hadapan lebih 6,000 perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia WTC Kuala Lumpur.

Turut hadir pada perhimpunan itu ialah Presiden MIC,Tan Sri SA Vigneswaran; Presiden MCA,Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS),Datuk Arthur Joseph Kurup serta pimpinan parti Friends of Barisan Nasional (BN).

Ahmad Zahid juga berkata,UMNO meletakkan harapan untuk kembali menjadi parti dominan serta bebas memilih mana-mana parti untuk menjadi rakan kongsi politik.

Pendirian itu katanya,bagi memastikan nasib rakyat agar terusterbela dan terpelihara.

"Kita berhak kembali dominan dengan jalan yang kita pilih sendiri. Kita dengan cara kita. Pendirian ini juga bagi menjamin rakyat tidak diperjudikan dengan politik emosi atau sentimen yang merugikan. Harapan itu bagaimanapun tidak pernah dihalang meskipun perlu bergabung sebagai Kerajaan Perpaduan," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata,UMNO tidak akan bergerak solo dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bayangan yang diberikan olehnya itu selepas menyaksikan sokongan ahli UMNO semata-mata tidak mampu memenangkan parti berkenaan.

"Berdasarkan data dan sentimen sekarang,apakah kelebihan yang kita ada? Dengan pertambahan pengundi baru pula,dapatkah kita menguasai persepsi mereka. Ahli UMNO sahaja tidak mampu memenangkan kita. Yang menjadi penentu adalah pengundi di luar sana. Yang jauh lebih besar peratusannya. Yang jauh lebih ramai jumlahnya," katanya.

Beliau mahu idea baharu dan keluar daripada kepompong selesa perlu disegerakan agar kekal relevan dalam landskap politik yang semakin kompleks.

Selain mengingatkan perwakilan UMNO bahawa parti itu tidak lagi dominan seperti sebelum ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap