Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

JBPM, DBKL guna kren cari mangsa tanah jerlus

2024-08-23 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,23 Ogos- Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera kren Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha mencari seorang wanita warga India yang terjatuh dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India,di sini,hari ini.

Ini berikutan sebuah kerusi konkrit yang berada di lokasi berkenaan turut terjatuh ke dalam tanah jerlus itu dan dipercayai menghempap mangsa.

Tinjauan Bernama mendapati kren DBKL tiba di lokasi iaitu di hadapan Malayan Mansion bagi memudahkan usaha pencarian kira-kira pada pukul 11.40 pagi tadi.

Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan seorang kakitangan DBKL diturunkan ke dalam lubang sedalam lapan meter itu menggunakan kren berkenaan bagi usaha mencari mangsa.

Turut kelihatan beberapa individu dipercayai ahli keluarga wanita berusia 48 tahun itu,menunggu mangsa dikeluarkan.

Urusan harian di sekitar kawasan itu berjalan seperti biasa dan hanya dua premis berhampiran ditutup sementara waktu,susulan kejadian.

Terdahulu,JBPM Kuala Lumpur dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.22 pagi tadi dan mengesahkan seorang pelancong wanita dari India terperangkap. - BERNAMA

BERITA BERKAITAN:

Wanita warga India terperangkap dalam tanah jerlus di hadapan Masjid India

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap