Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Kes dakwaan rasuah membabitkan syarikat konsesi lebuh raya, sedang disiapkan - SPRM

2024-08-15 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,14 Ogos- Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Sri Azam Baki memaklumkan kertas siasatan berhubung kes dakwaan pengurusan tertinggi sebuah syarikat konsesi lebuh raya yang ditahan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai lebih RM1.6 bilion itu,sedang disiapkan.

Dakwaan itu membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang.

Bagaimanapun,pihaknya masih memerlukan saksi tambahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Kita telah menahan 11 orang dan 11 kertas siasatan dibuka. Jadi,mendapat makluman tentang pegawai-pegawai penyiasat sedang giat untuk menyiapkan siasatan ini dan setiap satu siasatan itu,mereka memerlukan tambahan,dalam satu kertas siasatan lebih kurang dalam lima ke enam saksi lagi."

"Kalau kali ke-11,maknanya lebih kurang dekat dekat betul maksimum 50 perlu didapatkan. Banyak keterangan-keterangan ini perlu diperoleh daripada pihak kontraktor dan sebagainya," kata Tan Sri Azam kepada pemberita,hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Inisiatif Pencegahan Rasuah Melalui Pemerkasaan Amalan Perakaunan dan Pengauditan di ibu negara.

Terdahulu,media melaporkan lapan individu termasuk seorang CEO dan dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya direman selepas disyaki meminta serta menerima rasuah bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang.

Sementara itu,susulan siasatan berhubung dakwaan pemberian kontrak projek rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh kerajaan Selangor yang mengaitkan syarikat milik suami Menteri Belia dan Sukan,Hannah Yeoh.

Tan Sri Azam memaklumkan pihaknya menjangkakan siasatan berhubung kes itu akan dapat disiapkan dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi.

"Masih lagi dalam siasatan. Seperti mana saya sebutkan tadi,kita juga melihat kepada tentang beberapa perkara yang perlu ditambah baik pada masa-masa akan datang terutama sekali dengan isu berkaitan dengan tentang governans atau tatakelola bila melibatkan saudara-mara dan sebagainya."

"Jadi,saya rasa dalam tempoh sebulan dua lagi siap dah siasatan ini," jelas Tan Sri Azam.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap