Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Malaysia berdaya tahan, dasar perdagangan dan pelaburan terbuka - Tengku Zafrul

2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,12 Ogos-Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) optimis ekonomi Malaysia masih berdaya tahan sekiranya Amerika Syarikat (AS) mengalami kemelesetan ekonomi.

Menterinya,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata,ia mendorong kepelbagaian ekonomi dan dasar perdagangan serta pelaburan terbuka merangkumi pelbagai pasaran.

"Kerisauannya saya rasa 'overblown' (berlebihan) mengenai 'unemployment figures' (angka pengangguran) yang naik sikit di AS tetapi kalau lihat kadar inflasi masih lagi terkawal dan sebagainya.

"Di Malaysia contohnya kita melihat daripada segi ekonomi 'fundamental' (asas) kita masih kuat. Baru-baru ini DOSM (Jabatan Perangkaan Malaysia) umumkan suku kedua unjuran awal KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) kita 5.8 peratus,inflasi terkawal,'interest rate' (kadar faedah) masih lagi rendah dan kita menyasarkan KDNK kita akan tercapai seperti yang disasarkan," katanya kepada media selepas Mesyuarat Perundingan Kebangsaan UNCTAD-KRI Tentang Industri Hijau.

Tambahnya,industri semikonduktor negara juga dijangka tidak menerima kesan ketara daripada cabaran ekonomi global.

Ia didorong permintaan terhadap komponen dan cip yang meningkat,sejajar perkembangan dalam teknologi kecerdasan buatan dan penubuhan pusat data.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap