Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Hospital Pasir Gudang dijangka mula operasi lebih awal

2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor,Ling Tian Soon

JOHOR BAHARU,12 Ogos-Hospital Pasir Gudang di Johor Bahru dijangka beroperasi dua bulan lebih awal iaitu pada Februari 2025 sekiranya pembinaan selesai hujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor,Ling Tian Soon berkata pembinaan hospital itu setakat ini telah mencapai kemajuan kira-kira 60 hari lebih awal daripada jadual.

"Mudah-mudahan hujung tahun kita boleh selesai dari segi pembinaan dan kalau selesai kita dapat serah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Saya dimaklumkan Februari tahun depan kita dapat beroperasi berperingkat,"katanya pada program Modal Insan Latihan MTLS yang julung kali diadakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kecemasan dan trauma disini.

Jun lepas,Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan,dipetik berkata hospital tersebut dijangka dapat beroperasi sepenuhnya pada April berdasarkan kemajuan pembinaan.

Projek bernilai RM375.7 juta itu melibatkan enam skop kerja termasuk membina sebuah hospital bertaraf hospital pakar,kuarters kelas G dan asrama jururawat.

Jun lepas,dipetik berkata hospital tersebut dijangka dapat beroperasi sepenuhnya pada April berdasarkan kemajuan pembinaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap