Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Perlanggaran bot: Operasi mencari dua warga Filipina ditamatkan

2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat.

SEMPORNA,9 Ogos - Operasi mencari dan menyelamat dua warga Filipina yang hilang dalam insiden pelanggaran dua bot di perairan Pulau Sebangkat di sini,sejak Selasa lepas (6 Ogos) ditamatkan,semalam.

Pengarah Zon Maritim Semporna Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Komander Maritim Amir Shubli berkata ia berikutan tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat.

"Operasi itu ditamatkan pada pukul 6.30 petang semalam. Ia meliputi kawasan keluasan 64 batu nautika persegi dengan penglibatan tujuh buah bot Maritim Malaysia dan agensi lain seperti Tentera Laut Diraja Malaysia,Pasukan Polis Marim,Angkatan Pertahanan Awam,serta Taman-Taman Sabah.

“Komuniti setempat juga telah dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa dan diminta untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menemukan sebarang petunjuk,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Selasa lalu,dua warga Filipina yang dikenali sebagai Rommek Tura dan Jimal,masing-masing berusia 30 tahun dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama dua orang lagi yang terselamat,bertembung dengan sebuah bot lain di sini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap