Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Sekolah Anak Malaysia sedia ruang pembelajaran digital

2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Shahnaz Al-Sadat

SELANGOR,8 Ogos- Sekolah Anak Malaysia yang ditubuhkan bagi menambah baik kualiti pendidikan negara antara usaha dilakukan oleh Pengerusi LeapEd Services Sdn Bhd,Shahnaz Al-Sadat sehingga berjaya terpilih sebagai antara 10 finalis bagi Pingat Pendidikan Asia 2024

Sekolah digital pertama di Malaysia itu memberi ruang sepenuhnya kepada pelajar untuk menguasai pembelajaran digital dengan lebih baik.

"Apabila kita melihat daripada sudut teknologi dan pendidikan... ia dilihat masih belum serasi.Sekolah Anak Malaysia juga memerlukan banyak pembangunan.

"Untuk 10 tahun ke hadapan,sekolah ini diharap boleh dibuka lebih meluas merangkumi kemasukan pelajar seluruh Malaysia,kita sasarkan dalam 10,000 pelajar," katanya kepada RTM hari ini.

Sehingga kini,seramai 30 pelajar mengikuti pembelajaran di sekolah berkenaan.

Pingat Pendidikan Asia 2024 yang julung kali diperkenalkan itu diberi kepada individu yang mempunyai pencapaian cemerlang,menunjukkan impak,kepimpinan dan sokongan dalam bidang pendidikan.

"Apabila diberitahu jadi finalis,saya teruja kerana ada 10 finalis dari negara-negara di seluruh Asia dan saya anggap saya ini mewakili Malaysia.

"Jadi bagi saya ini satu sorakan yang Insya-Allah boleh mengembleng tenaga yang lebih ramai untuk membantu," ujarnya lagi.

LeapEd Services Sdn Bhd yang diterajui Shahnaz adalah perusahaan sosial yang memfokus kepada program transformasi pendidikan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Pemenang Pingat Pendidikan Asia 2024 dijangka diumumkan Oktober ini.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,menerusi ciapan di X semalam,mengucapkan tahniah kepada Shahnaz yang tercalon sebagai 10 finalis bagi Pingat Pendidikan Asia 2024.

BERITA BERKAITAN:

PM ucap tahniah kepada finalis Pingat Pendidikan Asia 2024

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap