Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Delegasi Pengakap Negeri Kedah sertai Perhimpunan Internasional 3 Negara

2024-08-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

MEDAN,7 Ogos-Seramai 47 delegasi Pengakap Negeri Kedah menyertai Perhimpunan Internasional 3 Negara yang diadakan di sini.

Perhimpunan tersebut mengumpulkan lebih 150 pemimpin dan ahli pengakap dari tiga negara iaitu Medan,Indonesia; Selatan Thailand,Thailand; dan Kedah,Malaysia.

Delegasi Pengakap dari Kedah diketuai Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kedah,Datuk Dr Zulkifly Muhamad dan turut disertai Ketua Pengakap Negara,Mejar Jeneral Profesor Datuk Dr. Mohd Zin Bidin.


Datuk Dr. Zulkifly berkata,perhimpunan tersebut bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli pengakap,malah menambah keakraban hubungan dalam pelbagai sektor melibatkan ketiga-tiga negara berjiran itu.


Disamping itu,ia juga bagi membincangkan kerjasama dan program-program yang akan dilaksanakan selepas ini.


Pada majlis tersebut,beberapa ahli pengakap Kedah termasuk Datuk Dr Zulkifly menerima Medan Award Medals atas jasa dan komitmen yang diberikan dalam memartabatkan persatuan pengakap sama ada di dalam mahupun luar negara.


Anugerah Bintang Semangat Rimba Emas pula diberikan kepada Mejar Jeneral Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin; dan Wali Kota Medan,Muhammad Bobby Afif Nasution.


Pengakap dari Medan,Kedah dan lima wilayah di Selatan Thailand iaitu Pattani,Buriram,Songkhla,Phattalung dan Satun turut menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman,MoU sebagai tanda kesepakatan bersama.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap