Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Agong berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan 2024

2024-07-31 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO RTM

PUTRAJAYA,31 Julai - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan 2024 di Dataran Pahlawan Negara,di sini.

Istiadat anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kali ini melibatkan komposisi perbarisan yang terdiri daripada 17 pegawai dan 638 anggota lain-lain pangkat gabungan ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai Leftenan Kolonel Abang Raduan Abang Madihi dariTentera UdaraDirajaMalaysia(TUDM) mengambil bahagian dalam istiadat perbarisan tahunan itu.

Perbarisan turut disertai Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan menteri kabinet.

Istiadat kemuncak diteruskan dengan persembahan pantomim 'Op Subuh' dan deklamasi sajak 'Jenalik Berdarah'.

Persembahan itu,berkisarkan insiden pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka Al-Maunah di Bukit Jenalik,Sauk di Perak yang merancang untuk menggulingkan kerajaan.

Sambutan Hari Pahlawan pada setiap 31 Julai merupakan antara usaha dan keprihatinan kerajaan dalam mengenang jasa perwira tanah air yang gugur ketika mempertahankan kedaulatan negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap