Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

30 belia sertai kursus kemahiran teknikal akuakultur

2024-07-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO Jabatan Perikanan Negeri Kedah

JITRA,27 Julai- Seramai 30 belia daripada kalangan pengusaha dan penternak ikan menyertai Kursus Kemahiran Teknikal Akuakultur - Pembenihan Ikan Keli dan Biofloc Ikan Tilapia Negeri Kedah.

Kursus diadakan di Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra.

Kursus selama dua hari itu diisi dengan pengenalan kepada sistem akuakultur,teknik pembenihan ikan keli serta pemilihan induk ikan keli dan tilapia untuk pembenihan dan Sistem Biofloc.

Jabatan Perikanan Negeri Kedah menerusi satu kenyataan memaklumkan peserta juga diberikan peluang untuk menyuntik hormon ovaprim kepada induk ikan keli dan menghasilkan pembenihan.

"Pengalaman itu amat berguna kepada penternak-penternak yang baru menceburi bidang penternakan dan pembenihan ikan keli,"menurut kenyataan tersebut.

Kursus disampaikan oleh Ketua Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra,Subli Saad serta dibantu kakitangan dan Cawangan Pengembangan Perikanan menyelaras kursus serta logisitik.

Program dirasmikan oleh Ketua Cawangan Pengembangan Perikanan Negeri Kedah,Siti Shuhada Azahari mewakili Pengarah Perikanan Negeri Kedah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap