Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Aktiviti perdagangan, pembuatan dorong kenaikan ekonomi negara

2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,21 Julai- Ekonomi Malaysia diunjur melonjak separuh kedua tahun ini.

RHB Investment Bank Berhad memaklumkan,ini didorong oleh pemacu dalaman dan luaran susulan pertumbuhan kukuh sebanyak lima peratus yang dicatatkan pada lima bulan pertama 2024.

Pihaknya melalui kenyataan berkata aktiviti perdagangan dan pembuatan akan mendorong kepada peningkatan pada separuh kedua tahun ini.

Ini ditambah dengan daya tahan berterusan dalam permintaan domestik daripada peningkatan perbelanjaan pengguna dan pelaburan.

Bank pelaburan itu mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 4.6 peratus tahun ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap