Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Niaga hadapan emas ditutup rendah

2024-06-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,18 Jun - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini,sejajar dengan prestasi niaga hadapan emas COMEX.

Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Jun 2024 turun kepada US$2,316.4 setiap auns troy daripada US$2,322.4 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas,manakala Julai 2024 merosot kepada US$2,323.2 setiap auns troy daripada US$2,329.2 setiap auns troy sebelum itu.

Kontrak Ogos 2024,September 2024,Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup rendah kepada US$2,338.9 setiap auns troy berbanding US$2,344.8 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan naik tiga kali ganda kepada 15 lot daripada lima lot pada Jumaat minggu lepas,manakala kepentingan terbuka menokok kepada 34 kontrak daripada 26 kontrak sebelum itu.

Menurut London Bullion Market Association pada 17 Jun,harga emas fizikal berada pada US$2,319.90 setiap auns troy.

Pasaran emas ditutup pada Isnin bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap