Rumah Agensi untuk bergabung Produk Teknologi tenaga baru ESports Berita global AI pintar Hiburan Kehidupan Perniagaan Fesyen Hotel Sukan Ibu bapa-anak Kesihatan Anak Kewangan Makanan Hartanah

Peluang Kerjasama Baru Di Bidang AI Antara China dan ASEAN

2023-04-25

 

Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke China kebelankangan ini menandakan perkongsian strategik kukuh antara kedua-dua negara.China memainkan peranan yang penting sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia sejak satu dekad yang lepas. Jalinan kerjasama yang sama dapat diperlihatkan antara negara-negara ASEAN lain dengan China. Penggunaan kecerdasan buatan (AI) telah ditekankan dalam pelbagai aspek kerjasana antara China-ASEAN sebagai sebahagian usaha yang lebih besar untuk berusaha dalam era digitalisasi.

Sememangnya, China telah mencapai kejayaan cemerlang yang mengagumkan dalam bidang teknologi AI dan pembangunan kemudahan. Pusat Inovasi AI China-ASEAN (Huawei) di Guangxi, pusat Data Besar di Guizhou merupakan contoh usaha China dalam mengejar teknologi AI terkini. Unsur-unsur kejayaan pelaksanaan bagi inisiatif AI ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan bagi negara ASEAN untuk menghasilkan pelan tindakan AI masing-masing dan mempromosikan pemindahan teknologi AI merentas kawasan, terutamanya di bidang sistem pintar berasaskan awan.

Rombongan lawatan Media “Pandangan Media ASEAN Terhadap China Digital” yang diadakan pada akhir Februari 2023 telah melawat ke beberapa syarikat yang terlibat dalam pembangunan AI seperti Huawei, Meituan, WeBank, dan Ping An Group. Di samping itu, rombongan lawatan telah melawat Makmal AI dan Ekonomi Digital Guangdong (Shenzhen) dan Institut Penyelidikan Jalur dan Laluan (Shenzhen) untuk Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa di Universiti Shenzhen. Lawatan tersebut telah menemu ramah pegawai-pegawai penting organisasi masing-masing yang menunjukkan usaha kerjasama dan pertukaran serantau China-ASEAN yang lebih rapat serta selari dengan Inisiatif Jalur dan Laluan China dan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Dari segi panjang, pemupukan bakat bersama dalam AI merupakan kunci mampan untuk perkongsian serantau jangka panjang antara China dan ASEAN. Teknik strategi AI seperti Pembelajaran Mesin, Pemprosesan Bahasa Semula Jadi, Pengkomputeran Pinggir dan lain-lain telah secara literal masuk beransur-ansur ke dalam semua sektor ekonomi. Walaupun usaha seperti perkongsian Huawei dengan Pusat Analitik Perniagaan Universiti Nasional Singapura telah dijalankan untuk memupuk bakat AI, rancangan program bakat yang berskala luas adalah diperlukan untuk meningkatkan kesedaran AI dalam kalangan penduduk tempatan. Program pembangunan bakat dan peningkatan kemahiran AI awam, terutamanya kepada belia di ASEAN, akan menjadi hal terpenting dalam pengukuhan kejayaan masa depan ekonomi digital yang didorong oleh AI.

(Pengarang: Gan Hong Seng, Profesor Madya di Sekolah AI dan Pengkomputeran Maju, Universiti Xi'an Jiaotong – Liverpool)

Pandangan tersebut tidak semestinya menandakan pandangan dari Laman Web China Daily.

https://www.chinadaily.com.cn/a/202302/27/WS63fc88c5a31057c47ebb11a3.html

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta 2009-2020 Berita Perisikan Teknologi Malaysia      Hubungi kami   SiteMap